Tuesday 27 November 2012

PEMBELAJARAN


BAB 4 
PEMIKIRAN SEBAGAI ASAS ETIKA & NILAI-NILAI MURNI


ETIKA

Merupakan set peraturan iaitu falsafah moral yang memberikan tuumpuan kepada tingkah laku individu dalam kehidupannya. Setiap orang memerlukan etika untuk menjamin kesejahteraan hidup.

KONSEP & PEMBAHAGIAN ETIKA 

Etika merupakan satu sistem kepercayaan yang didasarkan kepada moral dan ia diterima untuk mengawal tingkah laku manusia. Etika merupakan kajian daripada sudut moral tentang apa yang betul & salah. Perkataan etika berasal daripada perkataan Greek iaitu ethos yang bermaksud character atau perangai. Perkataan latin, mores yang bermaksud moral iaitu turut melibatkan character atau perangai. Etika merupakan erti baik dan buruk dan mengenal pasti perbuatan baik dan buruk, betul dan salah, benar dan palsu serta manfaat dan mudarat.

Etiket bermaksud tingkahlaku atau tatacara yang dianggap baik dalam sesuatu situasi sosial. Etika terbahagi kepada 3 iaitu:
  • Etika Meta ( meta ethics)
  • Normatif (normative ethics)
  • Etika Gunaan (applied ethics)

ETIKA META

Meta bermaksud di sebalik apa yang dapat dilihat dengan mata kasar. Etika meta melibatkan  persoalan ghaib seperti kuasa Tuhan, keagamaan, kebenaran sejagat dan peranan akal. Melibatkan konsep abstrak seperti metafizik, psikologikal dan linguistik. Etika agama atau etika deskriptif termasuk dalam etika meta. Contoh agama dan kefahaman seperti Islam, Kristianiti, Buddhihisme dan hinduisme. 

ETIKA NORMATIF

Etika ini membuat kritikan dan melakukan penilaian ke atas etika moral. Terdapat 2 teori yang digunakan dalam etika ini iaitu, Etika Deontological & Etika Teleological.

ETIKA GUNAAN

Etika gunaan membincangkan isu-isu khusus dalam kehidupan seharian meliputi bidang seperti:
  • Perniagaan
  • Perguruan
  • Perubatan
  • Alam sekitar
  •  Sosial
  •  Seks

ALIRAN-ALIRAN ETIKA

  •    Utilitarianisme
*   Berasal drpd perkataan utility yang bermaksud “guna”, “berguna”, atau “kegunaan”.
*     Maksudnya: manusia patut memaksimumkan kebaikan secara konsisten.
*    Diasaskan oleh Jeremy Bentham (1748-1832) & John Stuart Mill (1806-1873)

  •    Hendonisme
*  Berasal dari perkataan Greek hedone yg menentukan bahawa matlamat kehidupan adalah untuk mendapatkan kelazatan hidup yg maksimum.

  •    Eksistensialisme
*    Bermaksud moral berpaksikan kebebasan. Individu mempunyai hak untuk menentukan tindakannya.
*    Pengasa etika ini ialah Jean Paul Satre.
*    Tiga bentuk kebebasan dalam etika ini ialah jasmani, kehendak & moral.


AKHLAK ISLAM

Menurut bahasa:

Perkataan akhlak berasal daripada perkataan (al-akhlaaku) iaitu kata jama daripada perkataan (al-khuluqu) bererti tabiat,kelakuan, perangai, tingkahlaku, matuah, adat kebiasaan, malah ia juga bereti agama itu sendiri. 

Menurut istilah:

Antara definasi akhlak menurut istilah ialah: sifat yang tertanam di dalam diri yang dapat mengeluarkan sesuatu perbuatan dengan senang dan mudah tanpa pemikiran, penelitian dan paksaan.


Ibn Miskawaih, ahli falsafah Islam yang terkenal mentakrifkan akhlak itu sebagai keadaan jiwa yang mendorong ke arah melahirkan perbuatan tanpa pemikiran dan penelitian.


Imam Ghazali radiAllahu anhu mengatakan: akhlak ialah suatu keadaan yang tertanam di dalam jiwa yang menampilkan perbuatan-perbuatan dengan senang tanpa memerlukan pemikiran dan penelitian. Apabila perbuatan yang terkeluar itu baik dan terpuji menurut syara dan aqal, perbuatan itu dinamakan akhlak yang mulia. Sebaliknya apabila terkeluar perbuatan yang buruk, ia dinamakan akhlak yang buruk.

Pengertian Akhlak menurut Islam


Islam mempunyai dua sumber iaitu Al-Quran dan As-Sunnah yang menjadi pegangan dalam menentukan segala urusan dunia dan akhirat. Kedua-dua sumber itulah juga yang menjadi sumber akhlak Islamiyyah. Prinsip-prinsip dan kaedah ilmu akhlak Islam semuanya didasarkan kepada wahyu yang bersifat mutlak dan tepat neraca timbangannya.


Apabila melihat perbahasan bidang akhlak Islamiyyah sebagai satu ilmu berdasarkan kepada dua sumber yang mutlak ini, dapatlah dirumuskan definisinya seperti berikut:


Satu ilmu yang membahaskan tata nilai, hukum-hukum dan prinsip-prinsip tertentu bagi mengenalpasti sifat-sifat keutamaan untuk dihayati dan diamalkan dan mengenalpasti sifat-sifat tercela untuk dijauhi dengan tujuan membersihkan jiwa berasaskan wahyu Ilahi bagi mencapai keredhaan Allah (ridwaanullah).


Manakala akhlak pula dapatlah kita rumuskan sebagai satu sifat atau sikap keperibadian yang melahirkan tingkah laku perbuatan manusia dalam usaha membentuk kehidupan yang sempurna berdasarkan kepada prinsip-prinsip yang telah ditetapkan oleh Allah.

Dengan kata lain, akhlak ialah suatu sistem yang menilai perbuatan zahir dan batin manusia baik secara individu, kumpulan dan masyarakat dalam interaksi hidup antara manusia dengan baik secara individu, kumpulan dan masyarakat dalam interaksi hidup antara manusia dengan Allah, manusia sesama manusia, manusia dengan haiwan, dengan malaikat, dengan jin dan juga dengan alam sekitar.

Fungsi akhlak ialah mengkaji dan meneliti aspek perilaku dan perbuatan manusia. Ia menilai dari segi baik atau buruknya perbuatan itu, apa yang patut dan apa yang tidak patut dilakukan oleh seseorang. Semua yang berlaku pada manusia bersifat tidak iradi (bukan dengan ikhtiar) seperti pernafasan, detik jantung dan sebagainya tidak termasuk dalam skop ilmu akhlak. Jadi tidaklah boleh diberi nilai atau hukuman ke atas perkara ini sebagai baik atau buruk.


Tuesday 23 October 2012

Menanti Perubahan

hai...jumpa lagi ek hari ni ek... hari ni mood menaip dtg lg so kna la lepaskan gian taip kt blog...nak wat asgment mcm mlas so cita pasal diri sendiri dulu la hehehe... aku sebenarnya malu nak cita tapi dah xda ideA nak tlis pe so aku tlis jalah tntang diri aku... sebab post2 sebelum ni aku x cita lagi pasal diri aku kan :).. mesti korang nak kenal aku kan... (bajet mcm artis hahaha).... dulu aku ni xlah segemuk sekarang, kira dulu cute lg la dri skrg hehe. dulu aku pkai baju saiz M ja tau tapi sekaranf aku dah bertukar jd saiz XL..bayangkanlah perubahan yg aku buat dlm masa xsmpai 1thun..berat bdan xyah cita la 2x ganda naek... nak pilih baju punya susah, smpai kdg2 nk nangis rasa sb baju yg teramat berkenan di hati xmampu dimiliki..hehe ayat mcm dalam novel kan, biasalah aku peminat novel :)..so kena apply la ckt2 dalam cita aku ni barulah feel. Famly aku dah bising kawen pon belum bdan dah mcm tong huhuhu sedih kan dgr... tertusuk sembilu di kalbu tau dgn ayat tu..tapi nak marah pon xleh dah mmg betul...aku ni makan mmg xingt duniA, semua nmpak sedap tiap2 kali mkn.. so layaklah dpt badan mcm ni kan.. aku sbnrnya takot jgk bdan gemok2 ni..yalah bila gemok kan kemungkinan nk dpt pnyakit mcm kencing mns dgn darah tinggi tu tinggi.. so, masa kt UUM aku kena wat medical chekup so aku tkot sgt masa tu, tkot Dr ckap awk ada kencing mns n darah tinggi... so, masa chek tekanan drah mmg tinggi la 160++..tekejut nurse tu...kali kedua amk ttap sama, aku apa lg ketaq seluruh bdan tkot kna mkn ubt...xkan muda2 dah da pnyakt mcm tu..xmau aku...so nurse tu ckap relex dik kta amk kali ke 3 kalu kali ni tnggi jgk mmg adik da drah tnggi la..kalu rendah mknanya tadi ketaq ja...so bacaan kali ke3 diambil...barulah ok..so, aku pon lega sgt masa tu maknanya aku bebas dari penyakit tu hehehehe.. masa tu UUM da offer tau utk wad kad darah sb nak tau kta ni kumpulan darah apa, so aku berminat nak wat sb harga pon Rm10 ja...kebetulan masa tu da duit lbh teruja la nak wat... tapi tiba2 aku teringat yg aku ni tkot jarum..so masa nk chek darah tu sekali lg ketaq aku mai..aku tanya la ka MA situ amk darah ni byk ka? mcm bodoh jakan soalan hehehe...tapi tkot pnya pasal bodoh pon kna tnya hahahaha...MA tu senyum ja smbil jawab...alah 3 titik ja guna jarum yg org guna tok amk darah chek kencing mnis tu... lega ckit aku.. pastu dia pegang jari aku nak cucuk... aku tanya eh xltak ubat kebas ke? sebab xnampk pun gaya mcm nk ltak ubat kebas kt jari aku. dia kata xpayah pon bukan sakit macam kena gigit semuut ja...aku jawab kena gigit semut pon sakit tau..(haha mmg aku mcm ni bila takot mcm2 aku pkir)..masa nk kna cucuk tu aku pejam mata...mcm2 budak-budak kan..tapi i don care :)..rupanya mmg xsakit pon.. sikit sgt ja 3 titik ja amk...and hari tu bru aku tau yg aku ni dalam kumpulan darah O.. sebelum ni bila org tnya kamu darah apa..aku akn jwab xtaulah xpernah chek pon tapi sekarang bila org tnya dgn bngga aku leh bwak keluar kad tunjuk trus darah aku jenis apa hahaha...

Ok dah abs bab penakut aku nak sambung bab gemuk tu hehehe..kwan2 aku kbyaknnya sderhana ja bdan so aku pon nak la mcam diorang kan pilih baju pon senang ja.. tgk bekenan padan trus amk.. so, aku yg meneman rg shopping ni kd2 geram jgk...yelah drang bekenan kbnyakan mmg sesuai ngn bdan tapi aku...bekenan byak yg xsesuai lah, xpadanlah, labuhlah....srtessssss ja aku... tapi kdg2 menjimatkan jgk sb dah xpdan xleh bli so save la duit hahaha...kalu pikir dri sudut positiflah... aku selalu ckap ngn kwan2 aku..aku nk kurus jgk tapi xreti nak diet..pastu, kawan aku yg wani ni offer diri nak jd juru diet aku hehehe...dia xpa dah mmg kurus dah... dia nak aku kurus jgk mcm dia hehehe...so lpas mid sem ni aku nk mulakan sesi berdiet bersama rakan-rakan seperjuangan... tapi sbnrnya aku sorng ja pon yg kan diet hahaa... so tunggu perubahan aku pas bulan 12...samada still menyimpan berat yg sama or mnjadi sedikit kurus pas ni hehehe...nantikan....to be continue................kat bawah ni da gambar aku sebelum kurus... tapi xsure la lpas ni ada x gmbr selepas kurus...korang suma doakan kejaayaan aku untuk kuruskan badan tau.... amin....



aku yg kat tengah tu tau...jgn tertukar plak...beza kan ngn kawan2 aku...:'(

Monday 22 October 2012

GirlSs Rulessss


ARINA & YAYA


ok sekarang aku nak perkenalkan kawan baek aku masa kt PTSS...dulu sebelum msuk UUM aku stdy dip kat Ptss..so kt situlah aku kenal kawan baek aku ni. Nama dia Noor Arina Adnan.. tapi aku pnggil Mek Na ja hehehe baru kena ngn dia yg asal dari Kelantan. Mek Na ni dulu xdalah besar mcm ni..agak kurus la jgk mcm aku hahaha tapi nak wat mcm na dah lpas abs stdy makan tido ja keja so hasilnya mcm nilah hehehehe... kami kawan dari sem 1 sampai sekarang. Kalu korang semua nak tau dia skrg dh jd pengurus kt syarikat ayah dia...jeles i tau hehehe...dia pkai suma yg branded ja...tudung FAREEDA, keronsang harga beratus-ratus, LEVI'S & macam2 jenama lg lah... hehehe aku tau lpas dia bca post ni msti dia mengamuk, tapi xpa mmg tujuan aku nk bg dia mengamuk pon...lagi satu dia pesan suruh ltak pic dia yg elok2 ja kt cni tapi nk wat mcm na pic dia masa zaman kurus dah xdak kt aku sb laptop lama rosak, so kena ltak pic masa zaman kebesaran melampau jalah kt sini sb tu ja yg ada pon hehe....





jangan tertukar tau aku ngn dia masa tgk pic ni...aku of coz la yg ayu berbaju kurung tu hehe.. Mek Na yg pakai jeans tu...pic ni pon kami amk masa aku konvo aritu tapi syg lah hari aku konvo xsama ngn dia, so aku jalah yg pakai baju kurung... mesti korang rasa malas kn nk baca aku asyk post pasl kwan2 ngn famly ja kan dlm ni...tapi...ada aku kesah??? hehe dah nama pon diari hatiku, so mmg cita mcm ni la yg patut aku post dlu untuk permulaan....nant aku post lg entry yg berkenaan dunia semasa pulak ek hehehe...

Sunday 21 October 2012

Kesayanganku


My Lover




My lover ni actually mak dgn ayah aku... of course la aku syg sangat ngan both of them kan, cinta hatiku selamanya. Nama mak aku Rokiah & ayah aku Azmi... Mak aku merupakan perempuan paling cantik bagi aku & ayah aku mestilah paling hensem kn.. aku still ada mak tapi ayah dah xda... nak cite panjang lg sbnrnya tapi aku xleh sb aku mmg emosi ckit kalu nk tlis cta pasal parents aku ni... ni pon dah sebak... keluar jgk la air mata sb rindukan arwah ayah.. aku paling sensitif kalu kna cita pasal ayah sb ayah tinggalkan kami dalam keadaan yang kami semua tak jangka... orang yang pernah merasa kehilangan orang yang paling kita syg ja akan faham apa yang aku rasa masa tulis cerita ni.... oklah stakat ni ek pasal parents aku...mata dah kabur ngn tears ni.....sob...sob....kat bwah ni gmbr mak aku ngn aku.. kmi ambik gmbar ni masa konvo aku tahun ni la bulan 3 aritu..... 






Is it 4 Me??



My peepsSs....


gambar ni di ambil masa sambut hari jadi aku yang ke 23.....mcm dah tua kan....hehehe xpa umo just angka kan yang penting jiwa tetap 18 :)..... ok ni aku nak perkenalkan kawan-kawan aku dari kiri yang bergigi putih tu namanya murni...a.k.a akak murni... yang xpkai tdung tudung tu namanya ieka a.k.a salma....mesti korang pelik kan nama dia xda kaitan langsung...tapi xpa janji dia hepy ngan nama tu hehehe.. yang kecik bertudung putih tu wanie...jiran sebelah bilik aku kt DPP Tradewinds UUM...jiran yang paling kepoh & bising :).... yang bertudung hijau tu nama dia azihan tapi kitorang panggil azie je... dia classmate aku...baek tau dia ni, selalu print nota bg aku n ingtkan ak pasai asgmnt...heehe besalah aku ni kan insan yang agak rajin study. yang muka bulat pakai tdung oren tu nama dia wardah.... comel kan dia mcm mickey mouse ja hehehe...jurukamera kami ialah akma...dia roomate aku tp syg pic dia xdak dlm ni sb dia ditugaskan utk amk gmbr kmi dlu tapi xpa jgn risau nnt aku masukkan gmbr dia yg comel tu...  korang mesti dah dpt agak mna aku kan hehehe mestilah yang paling comel dan muka berminyak tu... masa ni diorang wat surprise birthday party aku...dah pkul 7pm masa ni. bayangkan aku xmandi lepas balik kelas so haruslah kan muka ak berminyak mcm tu.. hehehee ok lah ni dulu aku nk cita setakat ni.. nanti aku sambung lg...salam...