Tuesday, 27 November 2012

PEMBELAJARAN


BAB 4 
PEMIKIRAN SEBAGAI ASAS ETIKA & NILAI-NILAI MURNI


ETIKA

Merupakan set peraturan iaitu falsafah moral yang memberikan tuumpuan kepada tingkah laku individu dalam kehidupannya. Setiap orang memerlukan etika untuk menjamin kesejahteraan hidup.

KONSEP & PEMBAHAGIAN ETIKA 

Etika merupakan satu sistem kepercayaan yang didasarkan kepada moral dan ia diterima untuk mengawal tingkah laku manusia. Etika merupakan kajian daripada sudut moral tentang apa yang betul & salah. Perkataan etika berasal daripada perkataan Greek iaitu ethos yang bermaksud character atau perangai. Perkataan latin, mores yang bermaksud moral iaitu turut melibatkan character atau perangai. Etika merupakan erti baik dan buruk dan mengenal pasti perbuatan baik dan buruk, betul dan salah, benar dan palsu serta manfaat dan mudarat.

Etiket bermaksud tingkahlaku atau tatacara yang dianggap baik dalam sesuatu situasi sosial. Etika terbahagi kepada 3 iaitu:
  • Etika Meta ( meta ethics)
  • Normatif (normative ethics)
  • Etika Gunaan (applied ethics)

ETIKA META

Meta bermaksud di sebalik apa yang dapat dilihat dengan mata kasar. Etika meta melibatkan  persoalan ghaib seperti kuasa Tuhan, keagamaan, kebenaran sejagat dan peranan akal. Melibatkan konsep abstrak seperti metafizik, psikologikal dan linguistik. Etika agama atau etika deskriptif termasuk dalam etika meta. Contoh agama dan kefahaman seperti Islam, Kristianiti, Buddhihisme dan hinduisme. 

ETIKA NORMATIF

Etika ini membuat kritikan dan melakukan penilaian ke atas etika moral. Terdapat 2 teori yang digunakan dalam etika ini iaitu, Etika Deontological & Etika Teleological.

ETIKA GUNAAN

Etika gunaan membincangkan isu-isu khusus dalam kehidupan seharian meliputi bidang seperti:
  • Perniagaan
  • Perguruan
  • Perubatan
  • Alam sekitar
  •  Sosial
  •  Seks

ALIRAN-ALIRAN ETIKA

  •    Utilitarianisme
*   Berasal drpd perkataan utility yang bermaksud “guna”, “berguna”, atau “kegunaan”.
*     Maksudnya: manusia patut memaksimumkan kebaikan secara konsisten.
*    Diasaskan oleh Jeremy Bentham (1748-1832) & John Stuart Mill (1806-1873)

  •    Hendonisme
*  Berasal dari perkataan Greek hedone yg menentukan bahawa matlamat kehidupan adalah untuk mendapatkan kelazatan hidup yg maksimum.

  •    Eksistensialisme
*    Bermaksud moral berpaksikan kebebasan. Individu mempunyai hak untuk menentukan tindakannya.
*    Pengasa etika ini ialah Jean Paul Satre.
*    Tiga bentuk kebebasan dalam etika ini ialah jasmani, kehendak & moral.


AKHLAK ISLAM

Menurut bahasa:

Perkataan akhlak berasal daripada perkataan (al-akhlaaku) iaitu kata jama daripada perkataan (al-khuluqu) bererti tabiat,kelakuan, perangai, tingkahlaku, matuah, adat kebiasaan, malah ia juga bereti agama itu sendiri. 

Menurut istilah:

Antara definasi akhlak menurut istilah ialah: sifat yang tertanam di dalam diri yang dapat mengeluarkan sesuatu perbuatan dengan senang dan mudah tanpa pemikiran, penelitian dan paksaan.


Ibn Miskawaih, ahli falsafah Islam yang terkenal mentakrifkan akhlak itu sebagai keadaan jiwa yang mendorong ke arah melahirkan perbuatan tanpa pemikiran dan penelitian.


Imam Ghazali radiAllahu anhu mengatakan: akhlak ialah suatu keadaan yang tertanam di dalam jiwa yang menampilkan perbuatan-perbuatan dengan senang tanpa memerlukan pemikiran dan penelitian. Apabila perbuatan yang terkeluar itu baik dan terpuji menurut syara dan aqal, perbuatan itu dinamakan akhlak yang mulia. Sebaliknya apabila terkeluar perbuatan yang buruk, ia dinamakan akhlak yang buruk.

Pengertian Akhlak menurut Islam


Islam mempunyai dua sumber iaitu Al-Quran dan As-Sunnah yang menjadi pegangan dalam menentukan segala urusan dunia dan akhirat. Kedua-dua sumber itulah juga yang menjadi sumber akhlak Islamiyyah. Prinsip-prinsip dan kaedah ilmu akhlak Islam semuanya didasarkan kepada wahyu yang bersifat mutlak dan tepat neraca timbangannya.


Apabila melihat perbahasan bidang akhlak Islamiyyah sebagai satu ilmu berdasarkan kepada dua sumber yang mutlak ini, dapatlah dirumuskan definisinya seperti berikut:


Satu ilmu yang membahaskan tata nilai, hukum-hukum dan prinsip-prinsip tertentu bagi mengenalpasti sifat-sifat keutamaan untuk dihayati dan diamalkan dan mengenalpasti sifat-sifat tercela untuk dijauhi dengan tujuan membersihkan jiwa berasaskan wahyu Ilahi bagi mencapai keredhaan Allah (ridwaanullah).


Manakala akhlak pula dapatlah kita rumuskan sebagai satu sifat atau sikap keperibadian yang melahirkan tingkah laku perbuatan manusia dalam usaha membentuk kehidupan yang sempurna berdasarkan kepada prinsip-prinsip yang telah ditetapkan oleh Allah.

Dengan kata lain, akhlak ialah suatu sistem yang menilai perbuatan zahir dan batin manusia baik secara individu, kumpulan dan masyarakat dalam interaksi hidup antara manusia dengan baik secara individu, kumpulan dan masyarakat dalam interaksi hidup antara manusia dengan Allah, manusia sesama manusia, manusia dengan haiwan, dengan malaikat, dengan jin dan juga dengan alam sekitar.

Fungsi akhlak ialah mengkaji dan meneliti aspek perilaku dan perbuatan manusia. Ia menilai dari segi baik atau buruknya perbuatan itu, apa yang patut dan apa yang tidak patut dilakukan oleh seseorang. Semua yang berlaku pada manusia bersifat tidak iradi (bukan dengan ikhtiar) seperti pernafasan, detik jantung dan sebagainya tidak termasuk dalam skop ilmu akhlak. Jadi tidaklah boleh diberi nilai atau hukuman ke atas perkara ini sebagai baik atau buruk.